Terdapat 18,000 katil yang diperlukan untuk Sukan Olimpik, dan 8,000 untuk Sukan Paralimpik. Apa yang menakjubkan adalah apabila bingkai katil bagi atlet di Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 akan dibuat daripada kotak kadbod yang boleh dikitar semula.
Tilam untuk katil akan dibentuk daripada bahan polietilena yang akan digunakan semula untuk produk plastik selepas temasya berlangsung. Katil-katil bersaiz 2.10 meter panjang dan pengeluar mengatakan ia akan dapat menambung berat kira-kira 200kg.
Jepun memang terkenal dengan kitar semua. Sebelum ini, pingat untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 dibuat sepenuhnya daripada peranti pengguna kitar semula. Sukan Olimpik Tokyo berlangsung antara 24 Julai dan 9 Ogos 2020 dan Sukan Paralimpik dari 25 Ogos hingga 6 September.
Sumber: BBC