Jambatan Darul Hana di Kuching, Sarawak, adalah bertujuan untuk melengkapkan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru bagi membentuk satu landskap yang dinamik dengan taman-taman elegan dan perhiasan air.
Dibuka secara rasmi pada November 2017, jambatan bernilai RM35 juta ini menyediakan akses pejalan kaki dari Kuching Waterfront di selatan bandar itu ke bangunan DUN, Botanical and Orchid Gardens dan seterusnya ke hujung arah utara.
Ia juga akan menyediakan akses pejalan kaki dari kampung sekitar ke tarikan pusat bandar, seperti Plaza Merdeka shopping mall, kawasan hotel antarabangsa dan kafe di Court House lama.
Sumber: Construction Plus Asia