+6019-362 7935 [email protected]

Dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan Mesin Teler Automatik (ATM) di luar bandar Sarawak, kerajaan Negeri Sarawak dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) sedang mengkaji pelaksanaan sesuai.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ia bagi memudahkan penduduk luar bandar melakukan aktiviti urus niaga dan transaksi harian tanpa perlu berkumpul di sesebuah kawasan dalam tempoh yang agak lama.

“Kita belum dapat program yang terperinci. Sebaik sahaja kita mendapat perinciannya kita akan maklumkan kepada media,”

Sebelum ini, diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa cawangan bank bergerak yang dilengkapi dengan mesin ATM MEPS akan beroperasi di luar bandar Sarawak.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita