“Kerajaan telah memperuntukkan 32.4 juta topeng muka untuk diedarkan. Ia diedarkan oleh APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) ke negeri-negeri dan ia diturunkan ke Pusat Pengurusan Bencana daerah dan ia diagihkan melalui barisan hadapan setiap daerah. Sabah dan Sarawak, pengagihan akan bermula hari ini.” – Menteri Pertahanan
Bermula hari ini, kerajaan akan mula mengagihkan penutup hidung dan mulut secara percuma kepada negeri Sabah dan Sarawak bermula hari ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini, pihaknya telah mengagihkan 23.4 juta atau 69 peratus topeng muka secara berperingkat kepada isi rumah di seluruh negara.
Sumber: Astro Awani