Kuching, 3 April 2020 – Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) akan diberikan kepada golongan B40 Sarawak. Mereka akan menerima sebanyak RM250 untuk 6 bulan. Ini syarat dan cara memohon:
- Penerima bantuan ini merupakan senarai mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan LHDN. Boleh semak di sini: Semak BSH
- Bagi yang tidak menerima BSH. Boleh bertanya kepada nombor ini: 082-440127 (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri)
- Bagi mereka yang tiada akaun bank (seramai 23,000 penerima), bantuan akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan rumah anda. (Lihat senarai di sini: Senarai pejabat)
- Bayaran dibuat pada: Fasa pertama: 15 hingga 30 April 2020, Fasa kedua: 15 hingga 30 Ogos 2020