+6019-362 7935 [email protected]

“Semenjak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Selasa lalu, kami bermesyuarat bagi membincangkan langkah untuk menangani penularan COVID-19 ke rumah panjang kami di sini.

Setelah bersetuju, kami melakukan upacara miring menolak bala COVID-19 dan mendirikan papan tanda untuk mengingatkan orang luar agar tidak menjejakkan kaki ke rumah panjang kami, jika tiada urusan rasmi,” kata Tuai Rumah, Bama Ginda

Kesan penularan wabak COVID-19 turut dirasai oleh penduduk rumah panjang dalam negeri ini, sehingga mereka mengambil inisiatif bagi menangani masalah berkenaan.

Penduduk Rumah Panjang Nanga Risau, Jalan Awik mengadakan upacara miring dan mendirikan papan tanda hebahan bagi mengekang penularan wabak penyakit terbabit ke dalam penempatan mereka.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita