+6019-362 7935 [email protected]

Sibu mendapat nama dari rambutan liar yang dipanggil Sibau (Iban) yang secara saintifik dikenali sebagai Nephelium reticulatum. Orang Melayu merujuknya sebagai Sibo. Peta penjajah dahulu juga menamakan Sibu dengan ejaan “Siboe”.

Bagaimana boleh muncul perkataan Sibu di peta adalah kerana salah faham sebutan ejaan bahasa Inggeris ‘Sibo’. (Banyak perkataan di Iban yang berakhir dengan “au” berakhir dengan “o” dalam dialek Melayu Sarawak misalnya bakau adalah bako, pulau adalah pulo dan sebagainya).

Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa generasi tua Hokkien dan Melayu masih menyebut Sibu sebagai Sibo manakala orang-orang lama Iban masih menyebut Sibu sebagai “Sibau”.

Sumber: My Different Perspectives

 

Sarawak Kita