Sarawak Hornbill of Borneo juga dikenali sebagai Rhinoceros Hornbill (Buceros Rhinoceros) atau Burung Kenyalang, adalah kebanggaan dan kegembiraan penduduk Sarawak. Burung ini merupakan lambang ikonik kepada rakyat Sarawak dan digunakan sebagai lambang rasmi kerajaan negeri.
Burung Kenyalang dianggap sebagai hadiah dari dewa-dewa orang Iban. Selain itu, orang-orang Dayak pada masa itu percaya burung ini adalah Tuhan perang apabila terbang tinggi di langit.
Cerita rakyat yang sangat terkenal pada masa lalu ialah, hanya Burung Kenyalang yang memegang kuasa luar biasa. Mereka mengorbankannya dan mengeluarkan paruhnya. Paruh yang berwarna orang kekuning-kuningan dengan bentuk yang sedikit melengkung itu, sekali diukir dan dipakai sebagai kalung atau rantai, dikatakan boleh mengawal orang lain.
Sumber: Borneo Tropical Adventures