Berikut adala polisi imigresen untuk pelawat yang telah ke China dalam tempoh 14 hari yang lepas, tetapi ingin datang ke Sarawak:
- Semua warga asing tak dibenarkan masuk ke Sarawak
- Rakyat Malaysia (bukan warga Sarawak) adalah disarankan untuk tidak melawat Sarawak sehinggalah kuarantin 14 hari di rumah mereka tamat dan terbukti bebas dari COVID-2019
- Semua warga Sarawak, penduduk tetap Sarawak Pemegang Visa Kerja atau Pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk menjalani kuarantin 14 hari di rumah dan akan dipantau pihak berkuasa.
Maklumat lanjut boleh dibaca pada poster yang dikeluarkan Sarawak State Disaster Management Commitee.