+6019-362 7935 [email protected]

Kerajaan Indonesia mengiktiraf kepakaran Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) dalam membangunkan kuasa hidroelektrik.

Pengiktirfan ini dibuktikan apabila Sarawak Energy bakal menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Indonesia bagi membangunkan empangan hidroelektrik di Kalimantan.

Projek ini merupakan salah satu persediaan Indonesia membangunkan kuasa elektrik grid kerana mahu menggerakkan proses pemindahan ibu kota Jakarta ke Kalimantan Timur menjelang 2024.

Jika kerjasama ini menjadi kenyataan, ini bermakna Sarawak Energy bakal mempunyai kepentingan di seluruh Borneo. Tahniah Sarawak!

Sumber: Astro Awani

 

 

Sarawak Kita