Hub Petrokimia Sarawak yang dicadangkan akan beroperasi sepenuhnya, dijangka dapat mewujudkan 74,000 pekerjaan baru.
Ia juga berpotensi menyumbang tambahan RM16 bilion hingga RM20 bilion setahun untuk produk domestik kasar negeri (KDNK) .
Ini akan membolehkan Sarawak menambah nilai sumber semula jadi sejajar dengan hasratnya untuk meningkatkan aktiviti hiliran di sektor minyak dan gas (O&G). Kerajaan negeri telah memperoleh kira-kira 1,068 ekar tanah di Tanjung Kidurong sebagai lokasi hub.
Sumber: The Borneo Post