Di Australia, helikopter sedang digunakan untuk memberi makan kepada beribu-ribu hidupan liar yang terdampar di tengah-tengah krisis hutan belukar Australia.
Kerajaan New South Wales telah mula menurunkan makanan terdiri daripada ribuan kilogram lobak merah dan ubi keledek dari atas, untuk memberi makan kepada haiwan liar di sekitar yang masih terselamat.
NSW National Parks and Wildlife Service baru-baru ini memulakan ‘Operasi Rock Wallaby’ untuk membantu haiwan jenis marsupial yang berisiko dan terjejas. Menteri Alam Sekitar New South Wales, Matt Kean berkata bahawa ada haiwan yang berjaya melarikan diri dari kebakaran namun ditinggalkan tanpa sumber makanan.
Secara keseluruhan, operasi ini telah menurunkan lebih daripada 2,200 kg sayur-sayuran segar untuk haiwan-haiwan yang masih hidup.
Sumber: Daily Mail