Pihak berkuasa Filipina menggerakkan pemindahan hampir sejuta orang di sekitar ibu kota Manila, selepas gunung berapi mengeluarkan abu hingga 9 kilometer ke udara. Maka, amaran kemungkinan akan berlaku letusan gunung berapi.
Gunung Berapi Taal, kira-kira 37 batu (60 kilometer) di selatan ibu kota Manila di pulau Luzon, adalah salah satu gunung berapi paling aktif. Gambar-gambar dari tempat kejadian pada hari Isnin menunjukkan lava mula mengalir di gunung berapi, sementara udara menjadi gelap dipenuhi abu dan wap.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) telah menaikkan tahap berjaga-jaga kepada empat, yang bermaksud letupan boleh berlaku pada waktu atau hari yang akan datang. Tahap amaran tertinggi adalah lima, menunjukkan letusan berlaku.
Sumber: CNN