Bagi diedarkan kepada petugas kesihatan, lebih 500 sukarelawan di Sarawak yang menyertai gerakan #JagaSamaDirik berganding bahu dalam menghasilkan peralatan perlindungan peribadi (PPE).
Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menambah bilangan PPE yang diperlukan setiap hari oleh golongan itu dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Menurut wakil kumpulan itu, Hazwan Razak, inisiatif berkenaan adalah gerakan akar umbi yang tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi atau berasaskan keuntungan.
Beliau yang juga Ketua Unit Kampung Digital Sarawak Multimedia Authority (SMA), berkata selain daripada menghasilkan PPE, mereka juga aktif membantu keluarga yang memerlukan.
Sumber: Astro Awani