+6019-362 7935 [email protected]

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengatakan kerajaan negeri akan cuba menggunakan kaedah umpan untuk menggantikan prosedur suntikan vaksin dalam usaha membendung penyebaran rabies di Sarawak.

Cadangan itu diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizar semasa kunjungan hormatnya.

“Selepas ini, kita tidak lagi perlu menyuntik vaksin anti-rabies yang akan digantikan dengan umpan makanan. Perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengenai perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat,”

Setakat ini usaha JPBN untuk membendung wabak rabies telah menunjukkan perkembangan positif apabila tiada gigitan dan kes kematian baru dicatatkan selepas enam kes dilaporkan terakhir pada 2019.

Sumber: Malay Mail

 

Sarawak Kita