Kes rabies baru telah dikesan di Sarawak melibatkan seorang gadis berusia lima tahun dari Sibu, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata ini adalah kes rabies pertama yang dilaporkan tahun ini.
“Pada 8 Mac, mangsa diserang dan digigit oleh anjing liar di wajah, mulut dan kelopak mata.
“Bagaimanapun, luka gigitan tidak dibasuh dengan air bersih dan sabun sejurus selepas kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan pada hari yang sama.
“Dia menerima suntikan vaksin anti-tetanus dan Rabies Immunoglobulin (RIG) serta dua suntikan vaksin anti-rabies semasa rawatannya di hospital.
“Pada 13 Mac, dia dilkeluarkan dalam keadaan baik dan mendapat dos ketiga anti vaksin rabies pada 16 Mac…
Dia dimasukkan untuk rawatan lanjut. Keadaannya semakin buruk dan dia meninggal dunia pada hari esok kerana ensefalitis rabies, “katanya.
Sumber: The Borneo Post