Seorang anak kelahiran Kuching, Cheyenne Tan berusia 26 tahun ketika ini tidak menyangka filemnya tersenarai dalam top 10 filem dokumentari terbaik sebelum pencalonan akhir anugerah Oscar ke-92. Kiranya lagi selangkah lagi. Filem ini layak di bawah kategori ‘Documentary Short Subject’.
Filem dokumentari pendek yang berjudul St. Louis Superman menceritakan hidup Bruce Frans Jr yang dalam misinya melakukan perubahan ke atas komunitinya sebagai wakil Missouri. Namun, berdepan pelbagai cabaran dan trauma mental.
Bagi pelan jangka panjang dalam industri perfileman, Cheyenne sedang mengusahakan beberapa projek filem di Amerika Syarikat dan India.
Cheyenne berharap agar pencapaian ini dapat memberi motivasi kepada anak muda untuk terus berkecimpung dalam industri seni perfileman.
Sumber: Astro Awani