Fasa pertama Projek Lebuh Raya Pan Borneo dijangka siap pada tahun 2023, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata, perkembangan pembinaan lebuh raya itu di kawasan Sarawak ketika ini pada tahap 53 peratus dan Sabah pada tahap 34 peratus.
Peruntukan diberikan setiap tahun oleh kerajaan Persekutuan adalah RM1 bilion masing-masing bagi Negeri Sarawak dan Sabah untuk projek itu.
Fasa pertama di Sabah melibatkan 15 projek yang sedang berjalan manakala lima lagi projek dalam proses perolehan tender.