+6019-362 7935 [email protected]

“Ada jemaah masjid dari kampung sekitar datang hantar makanan dan minuman malah kakitangan yang tinggal di kuarters berdekatan juga ambil berat pasal kami.

“Kalau ikutkan hati, memang kami nak minta balik ke kampung tapi tak lepas sebab PKP masih berlangsung. Boleh pulang jika PKP tamat dan kolej dibuka semula. Kami juga kena cari wang tiket kapal terbang untuk balik ke Melaka menyambung pengajian,”

Terbela nasib empat pelajar Sarawak yang terkandas di Kelantan apabila banyak pihak tampil memberi bantuan. Mereka ialah:

  • Siti Noraziera Ramlee,
  • Betty Bulan Amrose,
  • Lika Doris Anak Guang
  • Dally Angkang Anak Joseph

Mereka yang belajar di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah ditempatkan sementara di IKTBN Bachok sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siti Noraziera berkata, selain dibantu IKTBN Alor Gajah, IKTBN Bachok dan Alumni Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS), mereka turut menerima bantuan makanan dan wang saku daripada kakitangan IKTBN Bachok dan penduduk sekitar.

Sumber: Harian Metro

 

Sarawak Kita