” Daripada kluster inilah, wabak ini merebak dengan cepat,” – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
Disahkan terdapat empat kluster penyebaran virus COVID-19 yang dikesan di Sarawak setakat Selasa. Kluster-kluster itu ialah;
- Ijtimak Tabligh yang diimport dari Kuala Lumpur,
- kluster Sarikei,
- kluster gereja di Kuching
- satu lagi belum dikenal pasti dan dipercayai juga dari Kuching
Pesakit kluster gereja, iaitu Pastor David Cheng, 60 tahun, telah meninggal dunia pada Selasa, namun kesnya dikesan selepas menghadiri resepsi perkahwinan di sebuah hotel terkenal di sini.