Empat kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 13 tahun menjadi mangsa terbaharu Covid-19 di Sarawak apabila disahkan positif wabak itu, hari ini.
Mereka yang juga adik beradik iaitu tiga kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki disahkan dijangkiti wabak itu daripada ibu dan bapa mereka.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sebelum ini iaitu pada 6 Oktober lalu bapa kanak-kanak terbabit yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah disahkan positif wabak berkenaan.
“Masa pendedahan kes ini adalah antara 2 hingga 6 Oktober lalu iaitu ketika bapa mereka menjalani kuarantin di rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.