+6019-362 7935 [email protected]

Empangan Hidro Tasik Bakun akan menjadi pusat kecemerlangan sukan air untuk Sarawak. Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata Empangan Bakun akan memainkan peranan lebih besar selain penjanaan kuasa elektirk.

Beliau berkata takungan yang tidak lama lagi akan dihubungkan ke seluruh Sarawak melalui infrastruktur jalan raya boleh memainkan peranan sukan air, pelancongan dan hab budaya untuk rantau ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pembangunan Tasik Bakun menjadi daya tarikan pelancong akan mengambil masa kerana perancangan yang teliti diperlukan di mana kemampanan jangka panjang keseluruhan pembangunan akan dijadikan keutamaan.

Sumber: New Sarawak Tribune

 

Sarawak Kita