+6019-362 7935 [email protected]

120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes. 95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Dua (2) kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Sarawak Kita