Idea dodol gula apong ini muncul sekitar 10 tahun lalu oleh Azmi Ahmad Shukri dari Melaka yang berkahwin dengan Fatemah Omar, seorang wanita Sarawak.
“Apabila dipadankan dengan gula apong rasa dia lebih sedap. Apong (nipah) tumbuh di paya air masin jadi rasanya macam lemak sikit dan lebih sedap. Saya mula mengusahakan dodol ini pada 2010 dan permintaannya memang hangat terutamanya pada bulan puasa untuk hidangan raya.
Fatemah juga turut berkongsi pengalamannya mengusahakan dodol gula apong di bawah jenama Azfa Success Enterprise.
“Kami juga menyertai beberapa expo dan sambutannya amat menggalakan terutamanya daripada orang luar”,
Anak-anak mereka turut membantu dengan terlibat dalam proses pembungkusan, pemasaran dalam talian. Selain itu, mereka turut menghantar sendiri produk jualan kepada pelanggan terdekat terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Penghasilan dodol gula apong ini memakan masa sehingga 3 ke 4 jam sebelum dipek dan sedia untuk dijual. Ia boleh didapati dalam tiga variasi, iaitu dalam bekas, kiub dan gulung.
Sumber: Astro Awani