Diskaun bil air di Sarawak dilanjutkan sehingga bulan depan bagi meringankan beban rakyat akibat pandemik COVID-19. Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata diskaun itu antara yang ditawarkan dalam pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
Diskaun bayaran bil air di Sarawak dimulakan sejak 1 April hingga 30 September lalu dengan jumlah subsidi oleh Kerajaan Sarawak adalah kira-kira RM24 juta.
Di bawah inisiatif itu, akaun domestik menikmati diskaun 25 peratus, pengguna komersial dan komersial domestik menikmati diskaun 15 peratus, manakala pengguna industri sebanyak 10 peratus.