Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga esok.
Kawasan di Sarawak itu adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song). Sementara di Sabah, hujan lebat dijangka terjadi di kawasan pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), serta Kudat.
Labuan juga akan mengalami hujan lebat dalam dua hari akan datang.