Gula mitai adalah gula-gula benang Sarawak. Ia dibuat daripada gula lebur dan kemudian ditarik dan dilipat-lipat sebagai gula sejuk – seperti mee tarik. Gula itu perlu ditarik dan dilipat sewaktu ia sangat panas. Ramai orang hanya membeli makanan ringan ini dari pasar di mana anda boleh menonton pembuat gula mitai menunjukkan skill luar biasa mereka.
Tali gula dilipat dan ditarik balik sehingga menjadi helaian gula yang nipis seperti sehelai rambut. Ia kemudian dipotong dan digulung agar mejadi mudah untuk dipegang.
Tekstur gula mitai adalah ditengah-tengah antara gula-gula kapas dan gula putar – seperti gula lembut yang meleleh di mulut anda. Ada yang mengatakan bahawa gula-gula ini berasal dari Indonesia di mana ia dikenali sebagai gula rambut nenek, atau ‘permen rambut nenek’.
Sumber: ExpatGo