“Saya telah pergi ke HUS sebelum ditahan malam tadi. Saya sepatutnya tidak boleh hendak komen tentang perkara ini. Bagaimanapun, saya berada dalam keadaan baik dan mengikuti prosedur kuarantin yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,”
Setelah menjalani ujian saringan wabak, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail disahkan positif COVID-19. Kini beliau dikuarantin di Hospital Umum Sarawak.
Selain beliau isterinya dan beberapa kakitangan telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19.
Sumber: Astro Awani