+6019-362 7935 admin@sarawakkita.com.my

Daripada asalnya jumlah penduduk kawasan berkenaan daripada 9,760 orang pada 2010 , kini berkurang kepada 4,285 orang pada tahun ini. Ini kerana pendekatan Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak menyediakan lot tanah untuk penduduk setinggan.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah, daripada jumlah itu, 2,307 daripada mereka telah dibantu untuk berpindah.

Jabatan berkenaan membantu menyediakan lot-lot tanah untuk golongan yang tinggal di kawasan setinggan membina rumah yang lebih sempurna di kawasan yang lebih sesuai, katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Menangani Isu kemiskinan Bandar di Sarawak.

Jawatankuasa itu masih lagi mengguna pakai lapan cadangan yang dikemukakan menerusi Kajian Kemiskinan Bandar Sarawak 2013 yang termasuk pewujudan pangkalan data golongan miskin bandar, skim-skim bantuan perumahan dan peningkatan kemahiran.

Sumber: Berita Harian

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!