+6019-362 7935 [email protected]

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengatakan bahawa pergerakan keluar dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan tidak memerlukan kebenaran pihak polis.

Ini kerana kawalan pergerakan hanya melibatkan pergerakan antara Zon Satu (zon kuning/merah COVID-19) dan Zon Dua (zon hijau COVID-19) sahaja.

  • Zon Satu meliputi Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian
  • Zon Dua meliputi Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang

Mana-mana pergerakan dari Zon Satu ke Zon Dua dan sebaliknya, hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada balai polis yang berdekatan sebelum memulakan pergerakan.

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita