“Hospital yang dinyatakan ini dilengkapi dengan 63 katil rawatan kritikal dengan 112 mesin bantuan pernafasan (ventilator). Selain itu, terdapat lima fasiliti yang sudah dikenal pasti sebagai pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah dengan kapasiti 901 katil.
“Kini terdapat empat makmal yang boleh menjalankan ujian pengesahan COVID-19 iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).” – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Dari lima hospital sebelum ini, kini sebanyak 18 hospital di Sarawak sudah boleh menjalani saringan kesihatan COVID-19.
Selain itu sebanyak empat hospital iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Hospital Bintulu dan Hospital Sibu sudah dikenal pasti sebagai pusat rawatan COVID-19 dengan jumlah 736 katil dikhaskan kepada pesakit COVID-19.
Sumber: Berita Harian