+6019-362 7935 [email protected]

Semua yang langgar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lagi dikenakan kompaun sebaliknya mereka terus ditangkap dan ditahan di lokap. Dalam tempoh 24 jam mulai jam 8 pagi semalam hingga jam 8 pagi hari ini, seramai 142 orang yang masih degil itu ditangkap di seluruh negeri.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, daripada jumlah itu, seramai 28 orang ditangkap di Serian, Padawan (21); Sibu (18); Bintulu (17); Kuching (16); Kota Samarahan (11); Miri (8); Sarikei (7); Limbang (5); Song (4); Sri Aman, Betong (2), Meradong (2)dan Lundu (1).

Memasuki fasa ketiga, polis akan mengambil tindakan yang lebih tegas.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita