Dalam tempoh 24 jam, peningkatan pemeriksaan mengejut oleh anggota polis menyumbang pertambahan jumlah individu ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, seramai dengan 141 individu degil itu ditahan antara jam 8 pagi semalam hingga 8 pagi tadi. Tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang ditangkap kerana ingkar PKP sejak 18 Mac adalah seramai 1,235 orang.
Daripada 141 tangkapan itu, Kuching mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 45 orang diikuti Padawan (22), Miri (18), Mukah (6) manakala Kota Samarahan, Sarikei dan Limbang masing-masing (5), Sibu (4) Saratok (4), Meradong (4), Serian (3), Betong (3), Kapit (3), Bintulu (2), Bau (2), Lubok Antu (2), Simunjan (2), Belaga (2), Dalat (2), Sri Aman (1) dan Julau (1).
Sumber: Harian Metro