Coco Cabana adalah salah satu tempat pelancongan Miri yang paling banyak dikunjungi di pusat bandar, dengan pemandangan pantai yang tenang dan tempat untuk bersantai di bawah sinar matahari.
Ia juga merupakan salah satu tempat terbaik untuk menikmati suasana matahari terbenam yang seolah olah berapi-api di Miri ditambah pula dengan rumah api kuda laut ikonik terletak berdekatan
Terdapat pasar malam di pusat bandar berhampiran kawasan tempat letak kereta, dengan kafe 1511 yang berdekatan untuk mereka yang nak merasa sedikit peckish. Apabila berada di sana, pemandangan laut terletak pada semua sisi, dengan jeti pelayaran berdekatan untuk bot-bot kecil dan kapal layar yang berlabuh
Sumber: Sarawak Tourism