Dimakan oleh suku Kadazandusun di Sabah dan orang Melanau di Sarawak, ulat sagu adalah sejenis ulat yang tinggal di dalam batang pokok palma sagu.
Sekitar 100 ekor ulat boleh dituai dari sebatang pokok yang jatuh pada satu-satu masa. Pokok palma sagu yang gugur juga dipotong sedikit untuk menarik kumbang tanduk betina untuk bersarang di sana.
Ulat ini adalah makanan istimewa yang popular di Malaysia Timur dan boleh dinikmati sama ada mentah atau dimasak (goreng, direbus atau tumis). Hanya mereka yang ada perut yang kuat boleh menikmati makhluk lemak dan berkrim ini.
Sumber: Expat Go