Mangga liar berwarna coklat ini dikenali sebagai mangifera pajang kostermans. Mangifera pajang adalah spesies tumbuhan dalam keluarga Anacardiaceae. Ia hanya terdapat di Borneo. Ia adalah buah bermusim yang berbuah dua kali setahun pada bulan Jan hingga Feb dan Julai hingga Ogos.
Bagi orang Melayu Sarawak, mangga ini liar coklat ini dipanggil sebagi ‘asam embang / buah embawang’. Orang Iban Sarawak menyebutnya ‘buah mawang’. Di Sabah, ia dikenali sebagai ‘bambangan’.
Mangga liar ini adalah buah coklat besar seperti saiz bola kanon dengan berat lebih daripada 800 gram. Pohon yang biasanya ketinggian 30 hingga 60m. Rasanya sedikit manis apabila masak tetapi masam jika belum masak. Ia bagus untuk dibuat jus dan jem mangga. Ia boleh disimpan selama seminggu kerana kulit tebalnya.
Sumber: Bombastic Borneo