Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) telah melakukan sejumlah 429 operasi pembersihan di 11 daerah di seluruh Sarawak sejak 30 Mac. Kerja-kerja tersebut telah memfokuskan kawasan epicentre dan parameternya, serta tempat-tempat awam – untuk mengekang penyebaran Covid-19.
Sehingga tengah hari semalam, 117 operasi meliputi bangunan kerajaan, 90 di tempat ibadah, 56 di pasar awam, 46 di kenderaan pengangkutan, 43 di kawasan perhimpunan awam, 30 di pasar raya, 29 di kawasan perumahan, 12 di hotel, dan dua di kilang .
Kerja pembersihan di CityONE Megamall juga telah dilakukan oleh 22 anggota bomba, seluas 22,463 meter persegi. Mereka dibantu oleh 18 orang anggota Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Sebelumnya, sebuah bas yang membawa pelajar universiti dari Miri menjalani pembasmian kuman di ibu pejabat polis Daerah Kuching. Operasi itu dilakukan oleh lima anggota bomba.
Sumber: The Borneo Post