Sekiranya anda telah membeli pas dan berhasrat untuk terbang dengan anak-anak, anda perlu membeli tiket penerbangan untuk anak anda secara berasingan. Untuk bayi (Umur 0-2), anda perlu mengubah pesanan anda dan klik untuk ‘add an infant’.
AirAsia telah menyediakan FAQ di lama mereka mengenai cara melakukannya. Bayi juga dikenakan bayaran seperti yang ditentukan dalam jadual disediakan oleh AirAsia.
Mereka yang berhasrat untuk terbang dengan anak-anak yang lebih tua (Umur 3 – 12) perlu membawa jadual perjalanan dan kad pengenalan atau pasport asal anak mereka untuk pengesahan dan tempahan di pejabat jualan AirAsia terdekat anda. Senarai lengkap pejabat penjualan Air Asia boleh didapati di laman web mereka.
Sumber: Soyacincau