Untuk pengetahuan semua bahawa mesej yang tular menerusi aplikasi Whatsapp di Sarawak mengenai seorang individu yang dikatakan akan membuat kunjungan bagi mengambil data penduduk di Kampung No 3 berdekatan Surau Darul Uyuun di Kuching, Sarawak adalah palsu.
Ini disahkan palsu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad.
Menerusi mesej tersebut, dinyatakan juga kemungkinan Kampung No 3,4 dan 6 di kawasan tersebut akan dikenakan perintah berkurung (lockdown). Justeru data tersebut diperlukan bagi urusan penghantaran makanan serta keperluan semasa penduduk di kawasan tersebut.
Sumber: Astro Awani