Ini hanyalah berita palsu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, menafikan kerajaan negeri akan mengisytiharkan ‘lockdown’ selama tiga hari di Sarawak.
Pengerusinya Datuk Amar Douglas Unggah berkata, tiada perintah berkurung di Sarawak selama tiga hari, dan ia bukan sahut-cabaran (challenge) atau inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Perkara ini berlaku berikutan tersebarnya notis bertajuk ‘3 Days Total Lockdown Challenge, Sarawak, 17, 18 & 19. Walaupun kandungan notis yang dimuat naik mempunyai niat yang baik, namun ia mampu mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam sekiranya tidak diteliti secara menyeluruh.
Orang ramai digesa agar terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini masih berkuatkuasa pada fasa ketiga.