China telah melaporkan wabak selesema burung H5N1 mula tersebar di wilayah Hunan, yang terletak di sempadan selatan wilayah Hubei, pusat penularan koronavirus baru-baru ini
“Wabak ini berlaku di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang. Ladang itu mempunyai 7,850 ayam, dan 4,500 ayam mati akibat penularan. Pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan 17,828 ayam selepas wabak,”- Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China
Tiada kes manusia terjangkit virus Hunan H5N1 setakat ini dilaporkan. Wabak Hunan H5N1 datang di saat pihak berkuasa China sedang bertungkus lumus untuk mengekang penyebaran novel koronavirus.
Sumber: South China Morning Post