+6019-362 7935 [email protected]

“Saya mengharapkan sokongan dan kerjasama padu daripada semua peringkat anggota bagi sama-sama berusaha untuk menaikkan imej pasukan khususnya polis Sarawak,”

Bekas Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dilantik Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu menggantikan Datuk Ramli Din yang mengambil alih tugas selaku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 7 Februari lalu.

Majlis Serah Terima Tugas dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), di sini hari ini.

Aidi menyifatkan pelantikan itu sebagai tanggungjawab besar yang perlu dipikulnya dan berharap semua pegawai dan anggota dapat bekerjasama untuk menaikkan martabat PDRM.

Sumber: Berita Harian

 

Sarawak Kita