Sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri serta Hari Gawai Dayak, bekalan gula, minyak masak dan tepung bagi menampung keperluan dijamin mencukupi.
Bagi Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Datuk Stanley Tan, jaminan itu diberikan dua pemborong utama gula, minyak masak dan tepung di Kuching.
“Saya dimaklumkan kedua-dua pengurus operasi pemborong berkenaan bahawa bekalan bahan itu adalah mencukupi untuk pengeluaran purata selama tiga bulan,”
Purata bekalan gula bagi kedua-dua pemborong terbabit adalah sebanyak 1,805.2 metrik tan untuk edaran seluruh rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kuching hingga ke Sibu dan Miri.
Manakala purata bekalan tepung gandum, adalah sebanyak 180.8476 metrik tan juga bagi kegunaan penduduk Sarawak. Bagi beras pula, Stanley berkata purata bekalan untuk edaran keperluan penduduk Sarawak adalah sebanyak 2068.148 metrik tan.
Sumber: Metro