“(Alasan) biasanya melibatkan keuntungan atau (berniaga) di tempat terpencil di samping mereka tidak mendapat maklumat tentang perintah terbabit,” – Awang Raduan Awang Omar, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
Di Sarawak, seramai 222 majikan didapati gagal mematuhi perintah gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sepanjang tahun lepas.
Kesalahan itu dikesan hasil penguatkuasaan ke atas 6,346 premis pekerjaan di Sarawak. Selain itu, majikan berkenaan telah diberikan notis untuk membetulkan gaji pekerja mereka.
Bagi tempoh antara 2015 dan 2019, JTK Sarawak sudah membuka 101 kertas siasatan bagi menyiasat majikan yang gagal membayar gaji minimum. 29 kes telah dihadapkan ke mahkamah dan 24 daripadanya telah disabitkan kesalahan.
Sumber: Malaysia Kini