Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyediakan tiga saluran khas bagi memudahkan orang ramai khususnya individu bekerja sendiri atau bergaji hari yang kehilangan pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Tiga saluran itu disediakan secara dalam talian berikutan pihak TBS tidak dapat bertemu secara langsung dengan orang ramai ketika PKP. Semua kemudahan itu disediakan dengan menggunakan telefon bimbit.
- Kedah pertama, mereka yang berhasrat mendapatkan bantuan TBS boleh mengemukakan permohonan menerusi aplikasi Jejak Asnaf Versi 2 yang boleh dimuat turun menerusi Appstore atau Playstore. Menerusi aplikasi Jejak Asnaf itu, seseorang itu juga boleh mencadangkan orang lain yang layak menerima bantuan.
- Kaedah kedua, orang ramai boleh mengemukakan permohonan menerusi portal ‘Baitulmal Kamek’ dengan melayari https://pelanggan.tbs.org.my.
- Kaedah ketiga, orang ramai boleh mengemukakan permohonan atau berkomunikasi dengan TBS menerusi emel [email protected].
Sumber: Harian Metro