+6019-362 7935 [email protected]

“Untuk memberi pengalaman berbeza, kita perlu menggunakan apa yang kita panggil Virtual Reality (VR), realiti maya dan Augmented Reality. Seterusnya apa yang kita perlukan sekarang adalah memudahkan pelancong untuk membuat tempahan bagi perjalanan berpakej. Panorama atau lokasi yang hendak dituju ada dimuat naik secara maya di dalam aplikasi itu sebelum diterjemah secara nyata apabila tiba di lokasi sebenar,” – Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Untuk korang yang merancang berkunjung ke Sarawak, perjalanan anda nanti pasti lebih mudah dengan adanya aplikasi Sarawak Travel.

Aplikasi itu dibangunkan sebagai panduan perjalanan untuk pelancong di Sarawak dan pastinya mereka boleh mendapatkan maklumat latar belakang sesuatu tempat yang ingin dikunjungi beserta lokasi dan maklumat untuk dihubungi.

Aplikasi Sarawak Travel dibangunkan hasil usahasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan pasukan dari Pusat Penyelidikan Inovasi dan Enterprise dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Sumber: Astro Awani

 

Sarawak Kita