Sama seperti Pas Tanpa Had yang sebelum ini, pas ini hanya merangkumi tambang asas penerbangan. Ia tidak termasuk caj perkhidmatan penumpang (RM11), caj perkhidmatan peraturan (RM1) serta tambahan-tambahan untuk makanan dalam penerbangan dan elaun bagasi sewaktu check-in.
.
Cara mudah nak faham adalah dengan memikirkan kos awal RM399 seperti bayaran langganan untuk menikmati penerbangan dengan potongan harga. Tanpa sebarang tambahan, tiket pergi-balik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan balik semula akan dikenakan biaya RM24 keseluruhan untuk seorang dewasa.
Termasuk Pulau Pinang dan Kuching, yang mana kosnya masih RM24 keseluruhan.
Sumber: Soyacincau