+6019-362 7935 [email protected]

Berdasarkan cerita orang-orang tua, terdapat dua versi cerita yang mengisahkan asal-usul nama Kapit.

Versi 1 (buluh Kepit)

Pada masa dahulu, banyak rumah panjang yang diperbuat daripada buluh (‘kepit’ dalam bahasa tempatan pada masa itu) didirikan di tepi sungai-sungai. Apabila orang luar ingin pergi ke rumah-rumah panjang, mereka akan berkata, “Kami ngagai rumah panjai kepit”. Lama-kelamaan, sebutan Kepit berubah menjadi Kapit dan akhirnya diterimapakai untuk merujuk tempat Kapit sekarang.

Versi 2 (Keep it)

Dalam cerita lain, seorang pegawai Brooke sampai di Kapit pada tahun 1861. Apabila tiba di tempat itu, dia berasa lapar lalu mengarahkan seorang penduduk tempatan untuk membeli sedikit makanan. Pegawai itu gembira dengan perkhidmatan tersebut dan menyuruh orang itu supaya menyimpan baki duit dengan berkata, “Keep it”. Sejak peristiwa itu, sebutan ‘keep it” menjadi buah mulut penduduk setempat dan berubah bunyi menjadi Kapit dalam sebutan penduduk tempatan.

Anda rasa yang mana betul?

Sumber: The Sarawak Legacy

 

 

 

Sarawak Kita