+6019-362 7935 [email protected]

Pelantikan Tan Sri Affendi Buang sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21 adalah bagi menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang bersara wajib. Pelantikan menjadikan beliau Panglima TUDM kedua dilantik ke jawatan terbabit. Apa yang menarik, beliau adalah anak jati Sarawak pertama memegang jawatan tertinggi itu.

Beliau yang berusia 58 tahun merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak, menyertai TUDM sebagai Pegawai Kadet pada 1980 dan dipilih menjalani latihan asas terbang di TUDM Alor Setar, Kedah.

Beliau pernah memegang jawatan penting dalam perkhidmatan itu antaranya, Pengarah Perancangan dan Kontijensi Markas Angkatan Bersama, Ketua Pengarah Operasi dan Eksesais Markas Pemerintahan Operasi Udara, Panglima Operasi Udara dan Timbalan Panglima TUDM serta Panglima TUDM kemudiannya.

Selamat maju jaya Panglima Tan Sri Affendi Buang! Tabik hormat!

 

Sarawak Kita