Air Terjun Giam Klimau mempunyai ciri geografi yang luar biasa. Air terjunnya seolah seperti tirai air. Selain itu, airnya jatuh di permukaan batu keras bukan kolam.
Perkara yang paling menakjubkan adalah lapisan atas batu keras, menonjol dan membentuk tempat terlindung di bawahnya.
Untuk ke air terjun ini adalah melalui ladang kelapa sawit. Perladangan kelapa sawit itu adalah di bawah syarikat swasta, anda perlu melaporkan diri di beberapa check point untuk keselamatan. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit memandu (15km) untuk sampai ke situ.
Sumber: Malaysia Saya